CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 28 May 2012

WAJAH BARU SKIB...

Alhamdulillah...
Setelah beberapa ketika merancang dan menanti, T-Shirt sukan SKIB akhirnya siap untuk dilancarkan.. Design baru akan di 'reveal pada 20-6-12, 3 minggu sebelum KOT SKIB 2012..

T-Shirt baru ini adalah bagi menggantikan T-Shirt lama yang telah digunakan selama 9 tahun bermula dari tahun 2003..

Walaupun perbincangan akhir dengan GB telah lepas dan green light dah diterima, namun beberapa perubahan kecil tetap dikemaskini. Segalanya kerana mu SKIB...

Nantikan kemunculannya...
                                                                                -GFA-

Friday, 11 May 2012

Let's Ride!

Lawatilah galeri baju ready made kami..Berbagai pilihan yang pasti memenuhi citarasa anda. Terbaru- koleksi t-Shirt motosikal untuk dewasa dan si kecil..

Thursday, 26 April 2012

APA ADA DENGAN NAMA..

Hai..sapa nama yer?? Macam familiar.. 
Mungkin ramai diantara kita yang pernah ada t-shirt macam ni..Kita abadikan kumpulan kecil kita di atas sehelai t-shirt.. Berkawan biar ramai bak kata orang..tapi kalau dah ramai jangan pula ada yang kita lupa nama..

Jangan lepaskan peluang untuk jadikan nama anda dan kawan-kawan satu design yang tak jemu dipandang..Jangan terkejut jika suatu hari, sedang anda minum-minum kat kedai mamak..anda terpandang seorang brother yang pakai baju tertulis CLASS OF 89.. dan brother tersebut adalah classmate anda yang anda dah lupa namanya...kurang-kurang pun T-shirt tu berjaya ingatkan anda kembali.. ;  )

Tuesday, 24 April 2012

LoVe is in The AiR...




I love, I Love, I Love... Sekarang ni mana p pun mesti I Love. Hinggakan T-Shirt ni jadi satu kemestian kalau pergi melancong. Tpp ok jugak,tak payah nak pening pikir souvenir.. Kalau dulu HRC Singapore..sekarang I LoveSG..
(murah pun murah)...

Kali ni I nak share design yg I baru buat utk kelas bini I...(Banyaknya I?)
Nama 16 org murid dgn nama cikgunya yang cun tu I letak dalam Love..
One Love bak kata Bob Marley...Apapun I Love U..

Saturday, 21 April 2012

SHOPPING BAG

JOM BERSHOPPING SAMBIL BERCHANTEQ-CHANTEQ


Aksesori yang semakin popular, terutamanya hari Sabtu.. Apakata lepas ni kita jadikan amalan membawa shopping bag ni setiap hari. Kita kurangkan penggunaan beg plastik. 

Jadi  bagi menyambut baik kempen sihat ni.. kami memberi peluang untuk anda men'design' sendiri bag anda. 
Disamping memilih design yang cantik dipandang..shopping bag juga boleh dijadikan tempat untuk anda mempromosikan produk anda. Jangan lupa tayang- tayang sikit kat makcik-makcik sebelah time tengah bayar..

Gambar ni adalah tempahan dari sorang kawan ni merangkap usahawanita yang berjaya.  Kebanyakan produk dia untuk perempuan. memang cantik-cantik, tuan dia pun cantik, blog dia pun cantik..ntt bwk beg nih lagi cantik.. jadi lawati lah sendiri blognya di www.chanteq-selalu.blogspot.com

Akhir kata.. Lets Go Green... Lets Chantik-Chantik..


Sunday, 15 April 2012

THE BANG BANG CLUB...

STUDIO KAMI 
 
T-Shirt untuk personal group. STUDIO  KAMI
merupakan sekumpulan sahabat yang kreatif dan meminati bidang yang sama- Fotografi. Bagi yang nak mendapatkan khidmat mereka, atau nak berkongsi minat boleh layari www.faizalsham.com.my
 

Tuesday, 10 April 2012

Netball Team

Jurulatih pasukan ni nak baju yang macam kat butik sukan katanya. Pendek ckp macam T adidas, nike gitu. Kiranya 'biar kalah asal bergaya'.

Design guna heat press, nama dilengan kanan, logo brand sukan lengan kiri dan nama team kat belakang..

Dengan harga yg berpatutan, hasilnya..tak perlulah anda ke al-ikhsan..; )

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 9 April 2012

Projek t-shirt pengawas sekolah SKIB


T-shirt ini menggunakan teknik silk screen dengan baju collar honey comb warna oren.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Projek SMK Sri Damansara 2


Projek untuk kem kepimpinan pelajar yang menggunakan heat press untuk logo dan teknik silk screen untuk printing lain dengan baju round neck cotton hitam

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 1 January 2012

Projek Heat Press Dora Theme

Salah satu contoh heat press


Superheroes...

T-shirt cotton 150g.s.m. Design silk screen