CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 9 October 2013

Business Package or Loose Item

Mulakan bisnes t shirt printing anda sendiri di rumah. Kami ada menyediakan pakej home business atau boleh beli loose peralatan dari kami

  • Cameo cutter rm1950 * free training
    Heat press US clam rm1700

    Printer epson L110 RM700 with pigment ink

    Neenah dark transfer paper 50 pcs RM300

    PU Vinyl 1M RM30

    Glitters Vinyl RM 55

    Flock Vinyl RM65

    Round neck cotton t shirt RM9.80 (ada 15 warna)
    *Mengikut terma dan syarat

Monday 28 May 2012

WAJAH BARU SKIB...

Alhamdulillah...
Setelah beberapa ketika merancang dan menanti, T-Shirt sukan SKIB akhirnya siap untuk dilancarkan.. Design baru akan di 'reveal pada 20-6-12, 3 minggu sebelum KOT SKIB 2012..

T-Shirt baru ini adalah bagi menggantikan T-Shirt lama yang telah digunakan selama 9 tahun bermula dari tahun 2003..

Walaupun perbincangan akhir dengan GB telah lepas dan green light dah diterima, namun beberapa perubahan kecil tetap dikemaskini. Segalanya kerana mu SKIB...

Nantikan kemunculannya...
                                                                                -GFA-

Friday 11 May 2012

Let's Ride!

Lawatilah galeri baju ready made kami..Berbagai pilihan yang pasti memenuhi citarasa anda. Terbaru- koleksi t-Shirt motosikal untuk dewasa dan si kecil..

Thursday 26 April 2012

APA ADA DENGAN NAMA..

Hai..sapa nama yer?? Macam familiar.. 
Mungkin ramai diantara kita yang pernah ada t-shirt macam ni..Kita abadikan kumpulan kecil kita di atas sehelai t-shirt.. Berkawan biar ramai bak kata orang..tapi kalau dah ramai jangan pula ada yang kita lupa nama..

Jangan lepaskan peluang untuk jadikan nama anda dan kawan-kawan satu design yang tak jemu dipandang..Jangan terkejut jika suatu hari, sedang anda minum-minum kat kedai mamak..anda terpandang seorang brother yang pakai baju tertulis CLASS OF 89.. dan brother tersebut adalah classmate anda yang anda dah lupa namanya...kurang-kurang pun T-shirt tu berjaya ingatkan anda kembali.. ;  )

Tuesday 24 April 2012

LoVe is in The AiR...




I love, I Love, I Love... Sekarang ni mana p pun mesti I Love. Hinggakan T-Shirt ni jadi satu kemestian kalau pergi melancong. Tpp ok jugak,tak payah nak pening pikir souvenir.. Kalau dulu HRC Singapore..sekarang I LoveSG..
(murah pun murah)...

Kali ni I nak share design yg I baru buat utk kelas bini I...(Banyaknya I?)
Nama 16 org murid dgn nama cikgunya yang cun tu I letak dalam Love..
One Love bak kata Bob Marley...Apapun I Love U..

Saturday 21 April 2012

SHOPPING BAG

JOM BERSHOPPING SAMBIL BERCHANTEQ-CHANTEQ


Aksesori yang semakin popular, terutamanya hari Sabtu.. Apakata lepas ni kita jadikan amalan membawa shopping bag ni setiap hari. Kita kurangkan penggunaan beg plastik. 

Jadi  bagi menyambut baik kempen sihat ni.. kami memberi peluang untuk anda men'design' sendiri bag anda. 
Disamping memilih design yang cantik dipandang..shopping bag juga boleh dijadikan tempat untuk anda mempromosikan produk anda. Jangan lupa tayang- tayang sikit kat makcik-makcik sebelah time tengah bayar..

Gambar ni adalah tempahan dari sorang kawan ni merangkap usahawanita yang berjaya.  Kebanyakan produk dia untuk perempuan. memang cantik-cantik, tuan dia pun cantik, blog dia pun cantik..ntt bwk beg nih lagi cantik.. jadi lawati lah sendiri blognya di www.chanteq-selalu.blogspot.com

Akhir kata.. Lets Go Green... Lets Chantik-Chantik..


Sunday 15 April 2012

THE BANG BANG CLUB...

STUDIO KAMI 
 
T-Shirt untuk personal group. STUDIO  KAMI
merupakan sekumpulan sahabat yang kreatif dan meminati bidang yang sama- Fotografi. Bagi yang nak mendapatkan khidmat mereka, atau nak berkongsi minat boleh layari www.faizalsham.com.my